Monday, June 25, 2012

Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Malaysia (MUKIM 2012) part 1


  بسم الله الرحمن الرحيم



Sedikit perkongsian MUKIM 2012 yang aku dapat,semoga dapat dimanfaatkan bersama

Ideal Leadership

(disampaikan oleh Dr.Saeed Ahmad Al-Uwaisy,Musyrif Am WAMY Saudi)

selepas kejatuhan khalifah,kita lihat pelbagai usaha kepimpinan cuba diterapkan oleh pemimpin-pemimpin dunia,seperti Autokratic yang membuat keputusan sendiri tanpa dibincang dengan orang bawahan,demokratic membuat keputusan dengan berbincang orang bawahan sebelum membuat keputusan, dan lain-lain.
pelbagai jenis fahaman juga mula datang dan pergi,seperti blok fahaman komunis,yang akhirnya telah tumbang setelah tewas dalam perang dunia ke2,hanya beberapa negara sahaja yang masih mengamalkan fahaman komunis ini.
Masa terus berlalu,namun berjayakah usaha pemimpin-pemimpin ini mentadbir negara dengan baik?
kerana semakin hari,semakin serius masalah masyarakat yang timbul,seolah-olah tidak ada jalan penyelesaian
sudah tiba masanya kita mengamalkan kepimpinan dalam islam seperti yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W
antara yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dalam kepimpinan adalah seperti berikut

1.Rasulullah merupakan seorang pemimpin yang mempunyai vision yang jelas
-peristiwa kisrah,persia,syam dan lain-lain.
2.Rasulullah sendiri mengamalkan ape yang ingin disampaikan oleh pengikutnya,ada pepatah orang putih mengatakan "you should walk and start the initiative from yourself."
3.dalam psikologi,senyuman merupakan antara alat yang mampu memberi impak yang positif kepada orang lain,dan Rasulullah sendiri selalu senyum apabila bertemu dengan para sahabat,dalam Islam pun senyuman merupakan satu sedekah.
4.Pemimpin yang baik tidak hanya perlu mengarah orang bawahan,tetapi perlu juga untuk mendengar pendapat orang bawahan,Rasulullah juga mendengar pendapat para sahabat dengan izin Allah.
-peristiwa perang Badr,Rasulullah ada mendengar pendapat dan cadangan para sahabat.
5.Seorang pemimpin perlu mempunyai rasa kasih sayang(caring) terhadap orang bawahannya,Rasulullah S.A.W sendiri akan menghiburkan para sahabat dan berjenaka dengan para sahabat,carilah kisah-kisah Rasulullah S.A.W berjenaka dengan para sahabat untuk mengambil hati orang bawahan kita.
6.dan akhir sekali,"When you take decision,putyour trust in Alah,certainly Allah love those who put their trust (in him)."


No comments:

Post a Comment