1.PEKA KEADAAN SEKELILING(AWARE)
"Telah
hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya,sedang mereka dalam
kelalaian,tidak hiraukan persediaan baginya."
(Surah
Al-anbiya21:1)
renungkan
ayat di atas,adakah kita tergolong dalam golongan seperti diatas?mungkin sebelum
ini kita tidak perasan,bayangkan jika di bilik,kita main game,tengok movie
selama 2-3jam,masa terasa begitu singkat sekali,namun jika untuk kerja
kebajikan dan dakwah,terasa lama 2-3jam..dan kadang-kadang kita lebih memilih
untuk enjoy lebih dari untuk melakukan kebaikan dan dakwah.
bukan tidak
boleh bersuka-ria,boleh,tetapi biarlah terpandu,dan tidak berlebihan
"Dan
sesungguhnya,kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakan dari jin dan
manusia,yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami,yang mempunyai mata
tetapi tidak mahu melihat,yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar
dengannya,mereka itu seperti binatang ternak,bahkan lebih sesat lagi,mereka
itulah orang yang lalai."
(Surah
Al-A'raaf7:174)
manusia
yang tak aware=manusia yang hidup untuk enjoy semata-mata
muslim
ideal=muslim yang aware dengan semua deria,hati,mata dan telinga
lihat
haiwan disekeliling,seperti tupai ,mata tupai sentiasa terbuka luas,walaupun
tengah makan sekalipun,bila ada bahaya menghampiri,tupai akan terus je react
dengan lari jauhkan diri,ni menunjukan tupai dan semua haiwan adalah aware dan
alert
tetapi beza
dengan manusia,manusia merupakan makhluk yang kurang aware dengan keadaan
sekelilingnya,contohnya manusia tak aware bahawa kemaitian semakin
menghampirinya,bisikan syaitan yang sentiasa suruh buat perkara kemungkaran,dan
lain-lain..kerana itu bagusnya ada zikir,tazkirah atau reminder untuk
mengingatkan manusia,kerana sifat manusia itu sendiri tidak aware.
2.MALU(SHAME)
Major
Ingredient for Modesty
merupakan
pendinding yang bagus sama ada muslimin atau muslimat
seandainya
seorang muslimin atau muslimat berada dalam situasi diajak untuk melakukan
perkara bukan-bukan,seperti pergi disko,berdating lelaki perempuan,etc,dah
tentu rasa malu tu akan jadi pendinding untuk orang tu lakukan perkara
bukan-bukan.
perasaan
malu gak akan buat seseorang muslimin dan muslimat tu sensitif terhadap jenis
pakaian macam mane yang dia akan beli dan pakai,adekah baju ni nampak
dalam,singkat,ketat,semua akan dipertimbangkan kerana ada perasaan malu.
namun ade perbezaan
rasa malu dan segan.
time
belajar,seorang murid tak faham ape yang diajar tetapi malu nak bertanya kepada
gurunya
konteks
ayat diatas ni bukan malu,tetapi "segan"
time
belajar jangan segan untuk bertanya,orang yang betul-betul nak belajar soalan
sensitif pun akan tanya,zaman Rasulullah,para sahabat banyak tanya mengenai
hal-hal sensitif,sampai ada hal di dalam bilik tidur pun ada,jangan salah
anggap mengenai perkara sensitif ini,kerana perkara sensitif ini kita perlu
tahu kerana ia adalah ilmu,namun jangan disalah gunakan soalan sensitif,ingat
setiap perkara perlu ada batasan juga.
3.BERSYUKUR(GREATFUL)
sekarang
ni,ramai orang komplen benda yang dia tak dapat,tidak fikir perkara yang dia
dapat,sebaliknya asyik merungut perkara yang tidak dapat.
contohnya
seperti seorang pelajar spm,dapat 9a,1b,punyalah sedih sampai hantuk-hantuk
dinding kerana 1b tersebut,tidak fikir 9a yang dia dapat,seorang pengguna
iPhone yang guna iPhone warna silver,namun merungut kerana mahu iPhone warna hitam,dan
lain-lain
Bila datang
perkara yang baik,dia bersyukur,bila datang perkara yang buruk,dia bersabar
ape-ape
yang datang pada kita,tiada ape-ape yag boleh melemahkan semangat kita,itulah
seorang muslim.
4.PATIENT(BERSABAR)
zaman
sekarang ni,semua benda kita nak laju,contohnya seperti
internet:lambat
2minit kita dah mula komplen,zaman dial up dulu kalau 5min nak connect internet
tu dah kira laju
kurus:semua
orang nak cepat kurus,tapi tak nak guna cara yang lama dan konsisten,hanya
menggunakan pil kurus,bangun,makan,makan pil,tidur,tak nak exercise
slow-slow,turun berat
pandai:semua
orang nak cepat pandai,tak nak usaha awal-awal sebelum exam,revision,buat
latihan,sebaliknya dalam test ada yang meniru
jadi disini
ada 3 jenis kesabaran:
1)Sabar
bila benda buruk datang
2)Sabar
untuk tinggalkan perkara Haram
3)Sabar
untuk teruskan buat kerja baik,Istiqamah(tahap kesabaran ni paling susah)
bukan
senang nak istiqamah buat benda baik ni,senang ke nak tiap-tiap hari datang ke
kelas?kadang kala ada temptation yang suruh kita skip sekali sekala kelas..jadi
mmg ssh nak istiqamah buat kerja baik ni,perlu kuatkan kesabaran!
5.BERTANGGUNGJAWAB(INDIPENDENCE)
bolehkah kita jadi orang sehebat Abdullah Ibn Mubarak,anak para sahabat di zaman Abassiah(betulkan jika silap)
Abdullah Ibn Mubarak pernah mengalahkan seorang panglima yang hebat,tentera yang handal,namun bukan setakat itu sahaja pekerjaan Abdullah Ibn Mubarak,selain tentera,Abdullah dalam masa yang sama merupakan seorang saudagar yang kaya,dan juga merupakan Imam kepada imam bukhari.
lihatlah potensi yang Abdullah Ibn Mubarak telah hasilkan,beliau tidak hanya fokus pada 1 bidang,bahkan setiap masa yang terlapang akan diguna dan diisi untuk memahirkan dalam bidang lain
permulaaan baik yang boleh kita lakukan adalah
belajar
untuk jadi seseorang yang bertanggungjawab
cari kerja
bila waktu lapang untuk timba pengalaman,kalau tak mampu,di sekolah atau
universiti,ambil peluang untuk jadi ketua atau berjawatan dalam
organisasi,untuk melatih kita bertanggung jawab atas sesuatu perkara.
6.KASIH
SAYANG(COMPASSION)
untuk
menyampaikan ilmu atau nasihat,perlulah dengan berhikmah,bukan dengan memaki
hamun atau meninggikan suara
bayangkan,jika
ada seorang wanita yang baru berzina,lelaki yang memakai short masuk
masjid,perempuan yang tak pakai tudung masuk masjid,apekah reaksi kita?
adakah ini
reaksi kita?
"hoi,kau
keluar dari sini!!"
atau kita
akan pergi kepada orang tersebut,tanya dengan baik keadaan orang tersebut dan
akhirnya menghulurkan bantuan?
cuba
renungkan kembali,perempuan yang berzina,lelaki dan perempuan yang tak tutup
aurat,lelaki atau perempuan yang berambut terpacak seperti trojan,tidak rasa
apa-apakah kita bila lihat orang seperti ini datang ke masjid?
dalam dunia
ni,masih banyak lagi tempat-tempat lain yang boleh pergi,namun dalam
banyak-banyak tempat dalam dunia ni,orang tersebut memilih untuk datang ke
masjid,tidak rasa ape-apekah dalam diri kita melihat perkara ini?
Seandainya
cara teguran kita tidak betul dan membuatkan orang semakin lari dari islam,maka
memang teruklah sikap kita ni.
approch
dengan cara mudah diterima,kerana Allah pun maha penyayang terhadap
hamba-hambanya..
lihat
analogy di bawah ini
seorang ibu
yang menangdungkan bayinya didalam rahim,semain hari bayi teresbut semakin
membesar,dan rahim ibunya juga turut membesar untuk memberi nutrient dan
makanan yang secukupnya kepada bayi tersebut,sekiranya bayi semakin membesar
dan rahim semakin mengecil,dah tentu bayi tersebut akan mati,itulah Rahmat atau
Mercy dari pencipta kita,kerana itu perkataan Rahim diambil daripada perkataan
Rahmat(mercy)
jadi kita
perlu mengambil langkah untuk memudahkan urusan orang tersebut,namun dalam masa
yang sama kita tidak memudah-mudahkan agama islam itu sendiri.
7.PEMAAF(FORGIVING)
bila ade
orang buat silap dengan kita,maafkanlah orng tersebut,walaupun memang bukan
salah kita,kerana tidak berbaloi kita simpan benda berat dalam hati,lebih baik
dilepaskan perasaan tersebut dengan memaafkan,jika kita masih simpan,ianya
hanya akan membuatkan dada kita sesak dengan perasaan dendam
namun kalau
kita hanya mengatakan "aku dah maafkan kesilapan ko",tapi still ade
rase semacam dalam hati,tu belum memaafkan lagi,kerana memaafkan itu ibarat
pemadam,apabila kita maafkan kesalahan orang tesebut,maka segala kesan akan
hilang terus di hati kita.
8.MENGHORMATI(RESPECTFUL)
apabila
kita ingin diri kita dihormati,kita perlu menghormati orang lain,dengan kata
lain
"its a
2 way relationship"
antara
golongan yang perlu kita hormat
1)Ibubapa
2)Guru
3)Kawan
"The
best that you can give to your parent regardless your parent good person or bad
person,muslim or non-muslim,you have to be the best to them."
walaupun
parent bukan Islam,ada berkat bila kita buat baik kepada mereka,apetah lagi
kalau parent kita orang Islam..
dan untuk
kawan kita,sunnah bagi kita untuk mengatakan "My friend,I love you."
kerana para Nabi Muhammad S.A.W sendiri menyuruh sahabatnya mengatakan rasa
cinta kepada sahabat yang lain.
9.BERKHIDMAT
apabila
kita dalam lingkungna umur remaja,ianya adalah waktu keemasan bagi kita untuk
berkhidmat untuk Islam.Jangan bazirkan waktu keemasan kita ini dengan hiburan
semata-mata
setiap hari
adakah ini rutin harian kita?bangun pagi,pergi
kuliah,makan,movie/game,tidur,bangun,pergi kuliah,makan,movie/game,tidur,dan
berterusan..orang seperti ini ibarat tiada arah tuju kemana hendak pergi
kita perlu
ada arah tuju,atau wawasan,ibarat orang yang dalam perjalanan dari johor bahru ke kuala lumpur dengan
menaiki bas,dalam perjalanan dia tertidur selama 1 jam 30minit,kemudian bila
terjaga dia terlihat ada 3 ketul ayam kfc,apekah reaksi anda jika anda berada
di dalam situasi tersebut?
jawapannya,dah
tentu reaksi spontan kita akan lihat keadaan di sekeliling,dimana kita
sekarang,dah terlepas atau belum destinasi yang ingin tujui,orang seperti ini
ada hala tujuan kemana ingin pergi,sebaliknya kalau orang tersebut bangun dari
tidur terus makan tanpa lihat keadaan sekeliling,orang tersebut tidak ada hala
tuju.
sama juga
dalam kehidupan kita,dari alam roh,kita dimasukan ke dalam rahim ibu
kita,kemudian kita terjaga dah berada di alam dunia ini,kemana arah destinasi
kita?orang yang berakal akan berfikir arah tuju kehidupan,orang tak
berakal,tidak fikir kemana arah tuju hidupnya..
hidup ini
hanyalah sementara sahaja,Allah telah berfirman
Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu):
"Berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?
Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama
sehari atau sebahagian dari sehari maka bertanyalah kepada golongan (malaikat)
yang menjaga urusan menghitung (umur)".
Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia)
Melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah
kamu bersiap sedia).
(Surah
Al-Mukminum 23:112-114)
hidup kita
di muka bumi ini hanya sementara,jadi sangat rugi jika kita lepaskan waktu
keemasan kita untuk berkhidmat untuk islam
memang
benar hidup ini hanya sementara,sahabatku,cuba sahabat renungkan dan muhasabah
sejak kecil,sekecil yang boleh diingat,semenjak dari bayi,belajar
berjalan,masuk tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,dan akhirnya hingga ke
sekarang,cuba ingat sebanyak yang mungkin memori2 kenangn manis dan pahit yang
lepas,aku yakin bahawa tak sampai 30minit kita boleh ingat semua
kenangan-kenangan kita yang lalu..sekejap sahaja kan kehidupan ni?
jadi
persoalannya,bagaimana kita ingin berkhidmat untuk agama kita?
1)Belajar
Ilmu agama dengan berguru,kerana dengan berguru kita dapat rasa bagaimana ilmu
itu diaplikasikan oleh guru kita.
2)Jadi
Pakar dalam bidang kita,jadi orang paling terkaya dalam bidang kita,AIM HIGH!jangan hanya target sederhana..
10.PEMILIHAN
KAWAN
pengaruh
ibubapa hanya akan sampai pada tahap tertentu,ibubapa hanya set foundation yang
kukuh dalam diri kita dengan didikan,apabila kita dah sampai tahap
tersebut,ibubapa terpaksa lepaskan kita kedunia luar,pada waktu ini pengaruh
kawan amat penting .
Apabila
kita sampai di tahap ini,ibubapa hanya perlu "Maintanence" ape yang
patut,tidak lagi bergantung kepada didikan ibubapa 100%
ciri-ciri
untuk mencari kawan yang baik adalah apabila kita lakukan kesilapan,kawan kita
itu akan tegur kita,walau pahit macam mana pun,dia akan tetap tegur dengan cara
paling lembut.
No comments:
Post a Comment