Saturday, July 30, 2011

PENGALAMAN GERAKAN ISLAM DALAM MENANGANI ARUS PERUBAHAN-part2(solusi umat islam menghadapi arus perubahan dunia)


Assalamualaikum
alhamdulillah,bertemu kita kembali
post yang lepas aku ade bercerita mengenai masalah yang dihadapi oleh umat islam zaman sekarang yang disampaikan oleh Prof Dr.Mohamed hesham Sakr
kepada sesiapa yang belum baca post part 1 boleh baca disini


sedikit tambahan mengenai latar belakang Prof Hesham



Prof Dr.Mohamed Hesham Sakr ni sebenarnya telah memahami dan mengkaji gerakan-gerakan di Mesir,dan akhirnya memilih untuk menyertai ikhwanul muslimin mesir
perjalannya mmg susah dan panjang,banyak tidak persetujuan antara penganut agama Jew,christian,non-religius dan sebilangan orang islam sendiri pun ada menentang usaha dakwah ikhwanul muslimin

inshaallah,semoga dengan pengalaman pendakwah yang dah berpengalaman ni,dapat kita manfaatkan sama-sama,kali ni aku akan sambung dengan tajuk yang sama bahagian solusi untuk selesaikan masalah ni

PENGALAMAN GERAKAN ISLAM DALAM MENANGANI ARUS PERUBAHAN-part2(solusi umat islam menghadapi arus perubahan dunia)

sebelum diteruskan solusi menghadapi arus perubahan,aku nak highlight kan lagi sekali kata-kata Prof Dr.Mohamed Hesham Sakr

"Islam bukan agama untuk di rumah sahaja,ianya perlukan
pengorbanan,mujahadah dan jihad!perlu untuk aktif dalam proses pembelajaran dan mengajar!"

dalam erti kata lain kita boleh simpulkan semuanya bermula dengan tarbiyah!"
ini adalah penting kerana solusi untuk menghadapi arus perubahan dunia terdapat dalam kata-kata ni

pertama sekali,umat islam perlu kembali kepada sumber utama umat islam,iaitu Al-Quran dan Sunnah,kedua-dua perkara ni merupakan sumber utama kita untuk memahami islam,seterusnya kita boleh rujuk dengan ulasan para ulama untuk memahami dengan lebih mendalam

persoalannya,tanggungjawab siapa yang perlu untuk lakukan tugas ini?untuk rujuk kembali sumber utama umat islam iaitu Al-Quran dan Sunnah?
jawapanya adalah

>sudah tentu tanggungjawab tu terletak pada kita sendiri,umat islam,terutamanya remaja islam sekarang,namun tu bukan alasan untuk orang yang lebih tua untuk mengelak tugas memahami dan mendalami islam untuk melakukan kerja dakwah,kerana tak kira lelaki atau wanita,tua atau muda,selepas kita mengucap kalimah syahadah..



"Lailahaillallah muhammadur rasulullah","tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"



maka secara automatik,tanggungjawab DAKWAH tu dah terpikul di bahu setiap umat islam

>"Practice Dakwah With Other People",yang dimaksudkan disini ialah kita kena latih diri untuk banyakkan cakap pasal agama islam,kerana kalau kita banyak bercakap mengenai sesuatu,maka dah tentu perkara tersebut masuk dalam hati kita,sebagai contoh kalau kita banyak bersembang mengenai perlawanan Harimau malaya VS Singapura,dah tentu hati kita akan tertarik kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan perlawanan tersebut
sama juga untuk latih diri dalam dakwah

>bercakap mengenai agama bukan semestinya kita perlu ilmu tinggi,kalau tak mampu,cukuplah untuk permulaan kita bercakap dengan orang lain,kawan-kawan mengenai kebesaran Allah,tengok pokok tumbuh merupakan tanda-tanda kebesaran Allah,Burung terbang di udara pun tanda-tanda kekusaan Allah..
Persoalannya,selama kita hidup,19tahun,20tahun,atau lebih,berapa kali kita cakap mengenai kebesaran Allah?

kemudian,kefahaman umat islam sekarang telah di manipulate oleh pihak ketiga yang telah meresep didalam pemikiran ramai umat islam zaman sekarang ini dimana mereka kata "agama islam hanya untuk dirumah dan di masjid sahaja",jadi untuk mengelakan kita dari di manipulate oleh pihak ketiga..

>"get deep tarbiyah to AWARE and UNDERSTAND about our religious"

>"make dakwah for others",sama dengan maksud "practice dakwah with other people"
persoalannya,selama kita hidup,ade tak kita memberi kesan kat orang lain untuk mendalami islam?
atau pun,dalam tahun lepas,ade tak kita "affect people" untuk mendalami islam?paling kurang 5 orang pun cukup la..sebab kalau ada,maknanya kita sedang berkerja untuk islam...jika tak..semoga allah memberi kekuatan kepada kita untuk terus menjadi orang yang lebih baik

sebahagian orang berfikir,kalau kita pergi ke masjid,berakhlak mulia,dan lain-lain dah mencukupi,namun sedar tak sedar,itu baru sebahagian daripada islam,masih banyak lagi bahagian islam yang perlu kita usahakan

sememangnya usaha untuk mengamalkan islam secara total banyak pengorbanan yang kita perlu lakukan,pengobanan masa,harta,jiwa,dan lain-lain
namun,apalah erti "Jihad" kalau kita sendiri tak sanggup nak mengharungi kepayahan..

"apabila tiada yang perlu dilawan
(nafsu,mental atau fizikal),bagaimana kita ingin mengorbankan masa,kurang tidur,menginfakan harta,dan lain-lain,kerana mengharungi kepayahan itu sendiri antara proses dalam Jihad"

"dakwah itu pahit,kerana manisnya syurga"

maka,untuk mampu mengharungi kepayahan dan pengorbanan,proses Tarbiyah yang mantap sangat perlu,banyak cara yang kita boleh lakukan untuk mentarbiyah kan diri antaranya:

>"get a good tarbiyah in any program",banyak dengar ceramah-ceramah,kalau susah jumpe kat area kawasan rumah,search kat youtube,join halaqah,dan lain-lain,asalkan tak melanggar hukum syarak,jangan lupa cari kawan-kawan yang boleh duduk berbincang mengenai islam supaya boleh bertukar fikiran dan kalau ade tersilap dorang boleh tegur

>"Ask for more to understand Islam",ni merupakan hak kita gak untuk meminta lebih banyak program-program berunsurkan islam di kawasan tempat tinggal kita

>"Apply dakwah to give tarbiyah to other and lead other people",sememangnya manusia bukan perfect,namun tu tak bermakna kita tak boleh berkongsi ilmu dengan orang lain,kerana dalam proses tarbiyah ni kita perlu "giving and learning",baru balance

>"Do not be satisfied with part of Islam",inshaallah dengan cara ni kita akan berusaha untuk mengamalkan islam secara syumul,menyeluruh,step by step


kesedaran untuk mendapatkan tarbiyah perlu untuk "counter attack" pelbagai fahaman dan idiologi yang anti-islam
kerana memang tak dapat dinafikan bahawa ada pihak sedang menuding kearah kita,remaja-remaja islam,mereka cuba "corrupt" orang-orang seperti kita,kalau bukan mengenai perkara buruk,mereka akan cuba merosakan pemikiran dan pemahaman umat islam itu sendiri,atau mereka akan merosakan gerakan dakwah itu sendiri

cara untuk "counter attack" fahaman-fahaman ni adalah dengan memotivatekan diri dengan perkara-perkara positive seperti berikut:

>"Muslim is Always Winner,anywhere and anyhow",jika gugur seseorang muslim di medan perjuangan pun,orang tersebut adalah mati syahid dan telah dapat kemenangan besar

>tingkatkan usaha untuk memahami islam dengan lebih mendalam

>Prepare yourself to submit to Allah
-tidak naif,tidak mengamalkan islam hanya di rumah dan dimasjid sahaja
-jangan bersendirian,berkerja dalam kumpulan,mesti ada"AIM & GOAL"
-jadikan kerja dakwah dan mentarbiyah diri dan orang lain sebagai
"DAILYWORK"
-amalkan amar ma'ruf nahi mungkar
-"the art of dakwah",akan kita perolehi jika niat kita ikhlas untuk menegakan
islam kembali

tu sahaja setakat ni,moga dapat dimanfaatkan sama-sama,ingatlah,dalam ape pun perkara yang kita lakukan,jangan lakukan seorang diri..
"never walk alone,work together in big team,in systematic group,with aim and goal to understand islam"
jika terdapat salah silap,harap dapat ditegur,kerana diriku ini pun masih dalam proses mentarbiyah diri,masih banyak lagi yang perlu belajar
seterusnya,sedikit perkongsian mengenai sesi soal jawab bersama Prof Dr.Hesham



SESI SOAL JAWAB BERSAMA Prof Dr.Mohamed hesham Sakr


soalan 1.

Slogan ISMA MALAYSIA,"melayu sepakat,islam berdaulat",bagaimana dengan golongan muallaf yang bukan islam,adekah mereka dibenarkan dalam kumpulan ni?

jawapan:

sesetengah orang akan bertanya mengenai slogan ISMA MALAYSIA,mengapa hanya terdapat "melayu islam sahaja",jadi asal-usul slogan ni adalah sebenarnya menunjukan kaum mejoriti di malaysia orang melayu,
bukan bertujuan untuk memecah belahkan umat islam di malaysia
dan perkara ni telah dibincang dengan persatuan muallaf cina dan india kat negara ni,
dan dorang dah bersetuju dengan slogan ni
jika terdapat orang kaum lain yang memasuki kumpulan ni,kami akan layan mereka sama seperti mana saya bercakap dengan kamu sekarang,tiada masalah timbul


soalan 2.

Perbezaan Jemaah,jalan dakwah itu memang luas,namun adakah tanda-tanda baik dimana kebiasaannya jemaah-jemaah kurang berkerjasama antara satu sama lain disebabkan perbezaan pendapat mengenai sesuatu perkara?

jawapan

jemaah-jemaah islam ni,ibarat rumput yang baru ditanam,pada asalnya,tak bercantum,namun lama kelamaan ianya akan bercantum juga

walaupun sekarang terdapat perbezaan fahaman,namun inshaallah suatu hari nanti akan wujud kesefahaman antara satu sama lain
kita sepatutnya lebih memfocuskan kepada persamaan yang dimiliki,jadi kita perlu berkerja keras untuk bina persamaan common ground antara jemaah-jemaah islam,namun kalau mereka menolak,kita tak boleh buat ape-ape,kita terima seadanya
namun apabila ditolak untuk berkerjasama,jangan kita berkata buruk kepada mereka

"ibarat pokok epal,orang baling batu kepada kita,kita baling buah epal kepada orang tersebut"

soalan 3.

Ahli didalam jemaah ada berbeza pendapat mengenai sesuatu perkara,namun perkara lain dia tiada masalah/setuju.soalannya,adakah patut dia stay di jemaah tersebut atau dia patut keluar dari jemaah tersebut?

jawapan:

Apabila berlaku keadaan seperti ni,sepatutnya,orang yang tak setuju dengan satu perkara dalam jemaah tersebut,namun setuju dengan perkara lain,patut
ikut kehendak keputusan perbincangan mejoriti dalam jemaah yang telah ditetapkan
tak wajar kalau ahli tersebut nak ikut kepala sendiri,kerana andai kata semua ahli jemaah berkelakuan macam tu,maka tak wujud lah gerakan jemaah-jemaah.


No comments:

Post a Comment