Monday, July 18, 2011

PENGALAMAN GERAKAN ISLAM DALAM MENANGANI ARUS PERUBAHAN-part1(masalah yang dihadapi umat islam)



Assalamualaikum
bersyukur kita kepada allah subhanahu wata'ala kerana dapat bertemu lagi
kali ni,aku nak berkongsi ceramah yang aku dengar semalam di monaj universiti hall yang disampaikan oleh Prof Dr.Mohamed hesham Sakr
semoga allah melancarkan jari jemari ku untuk menaip berkongsi ilmu yang bermanfaat ini..semoga allah mengampuni diriku ini sekiranya terdapat sebarang penambahan atau kekhilafan didalam perkongsian ini..
Sedikit pengenalan mengenai biodata penceramah

nama beliau Prof Dr.Mohamed Hesham Sakr
dilahirkan pada 22 Januari 1955
pada tahun 1956-Kejuruteraan Awam,Di universiti Ain Shams
pada tahun 1959-Diploma Pendidikan,di universiti yang sama dan terus sampai ke tahap phD
terlibat dengan ikhwanul Muslimin di Mesir,Egypt


Perkongsian Prof Dr.Mohamed Hesham semalam bukan lah untuk berkongsi mengenai revolusi di mesir,beliau banyak menekankan mengenai umat islam perlu memahami apekah sebenarnya yang dimaksudkan "Islam" itu sendiri
namun,sedikit perkongsian yang diberi oleh Prof.Dr Hesham kepada para hadirin mengenai kegiatan revolusi di mesir baru-baru ini


Prof Dr.Hesham menerangkan bahawa Ikhwanul Muslimin telah bersetuju bahawa revolusi di Egypt,Libya,Yemen,dan lain-lain bukan Revolusi Islamik,Revolusi ini adalah lebih kepada rakyat menentang pemimpin dictator yang zalim,korupsi,namun mereka tetap menggunakan situasi politik di mesir ini untuk kepentingan islam,walaupun keadaan di mesir selepas revolusi belum aman secara total,namun hasil daripada revolusi tersebut menyebabkan kebebasan untuk berdakwah lebih terbuka berbanding dahulu.

Kemenangan rakyat mesir merupakan satu keajaiban yang Allah lakukan,tiada siapa sangka mereka akan betul-betul dapat menjatuhkan regim mubarak.Dari sini kita dapat lihat,pengorbanan itu penting untuk mencapai sesuatu matlamat,terutamanya pengorbanan masa

sekarang bergerak ke topic utama

PENGALAMAN GERAKAN ISLAM DALAM MENANGANI ARUS PERUBAHAN-part1(masalah yang dihadapi umat islam)



pertama sekali,soalan yang ditanya,apakah maksud sebenar ISLAM?
adakah islam itu AQIDAH?IBADAH?POLITIK?EKONOMI?JIHAD?ATAU SEMUA?

dah tentu semua orang akan cakap "ISLAM ITU MELIPUTI KESEMUA ASPEK"
namun,secara praktikalnya,berapa ramai umat islam yang mengamalkan secara keseluruhan dalam kehidupan seharian?
secara realitinya kita lihat,umat islam tak beramal dengan islam sebenar,sebahagian hanya cenderung kepada ibadah khusus sahaja
apabila ditanya mengenai islam,orang akan berkata

"I want simple islam,i dont want to become this,i dont want become that"

maksud simple islam disini adalah,kebiasaannya orang islam sekarang hanya cenderung kepada ibadah khusus sahaja,seperti contohnya hanya melakukan islam di masjid dan rumah2,sekali pandang kalau kita lihat orang yang pergi ke masjid,berjubah dan berserban,berjanggut,orang tu dah menjadi orang yang soleh,mungkin sekali pandang kita akan nampak orang tersebut dah amalkan islam secara total,namun hakikatnya masih banyak bahagian islam yang perlu kita usahakan,kita masih kurang aktif dan produktif melakukan dakwah dan tarbiyah di luar di dalam kehidupan seharian kita

didalam hasil buku syed qutb article yang bertajuk "american islam"

>dimana beliau menerangkan bahawa umat islam zaman sekarang ini dimanupulasi oleh pihak ketiga untuk mengamalkan islam HANYA DI RUMAH DAN MASJID sahaja
>keadaan ini kalau kita lihat sama seperti keadaan gereja2 di eropah di seluruh dunia dimana mereka mengamalkan prisip "sekular",iaitu memisahkan agama dan urusan dunia..


adakah kita hanya mengamalkan sebahagian ape yang diperintah oleh allah dalam al-quran dan sebahagian lagi kita menolak?
>macam kat pasar,terdapat banyak aneka buah-buahan yang dijual dan kita boleh pilih nak beli epal tapi taknak beli oren?namun islam bukan seperti di pasar yang kita boleh amik sebahagian perintah allah dan menolak sebahagian perintah allah
>Islam yang sebenar adalah percaya kepada allah secara total
kita sebenarnya telah dipecah belahkan antara satu sama lain,antara sebabnya ialah
>Islam sekarang kurang amalkan Islam secara symul,keseluruhan,kita lebih mengamalkan libralism dan sekularism,dimana libralism dan sekularism itu sifatnya sememangnya anti-islam,kerana libralism menyatakan tidak perlu untuk beragama,dan sekeluar mengatakan perlu memisahkan urusan dunia dan akhirat
>orang non-muslim berbicara mengenai islam,dan kita dengar dan hilang keyakinan diri dengan islam itu sendiri
>Islam tetapi tidak memahami Islam itu sendiri,maka hasilnya kita mencampur adukkan islam dengan leberalism,sekluar dan etc,kita telah ditipu oleh fahaman selain islam..
>Disebabkan ketidak fahaman,muslim bergaduh sesama muslim
sebahagian orang islam,terutamanya orang muda sekarang,malu dengan agama islam yang mereka anuti,ini adalah MASALAH BESAR
>pihak tertentu,memanupulasi diri kita siang dan malam,mereka sangat gembira jika kita simpan islam hanya di rumah dan di masjid,di amerika contohnya,mereka sanggup untuk membina masjid asalkan umat islam di negara itu sanggup simpan islam hanya di rumah dan di masjid
di sesetengah negara,2 pelajar wanita yang memakai hijjab di sekolah,menjadi masalah dan isu besar bagi mereka,kerana mereka tak nak lihat orang islam mengamalkan islam selain di rumah dan di masjid,hasilnya,mereka mengharamkan pemakain hijjab di universiti dan sekolah2




jadi bagaimana nak atasi permasalahan ini?
inshaallah,bahagian "solution" akan aku sambung pada post yang seterusnya di sini




kalau ada sebarang teguran yang ingin dikatakan amat dialu-alukan
jadi sebelum aku akhiri post kali ini,ingin aku highlightkan bahawa,


"Islam bukan agama untuk di rumah sahaja,ianya perlukan
pengorbanan,mujahadah dan jihad!perlu untuk aktif dalam proses pembelajaran dan mengajar,dalam erti kata lain tarbiyah!semuanya bermula dengan tarbiyah!"




sumber gambar:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.221884441182904.52364.155226167848732&type=1

No comments:

Post a Comment