Wednesday, November 16, 2011

IDEAL MUSLIM





1.PEKA KEADAAN SEKELILING(AWARE)

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya,sedang mereka dalam kelalaian,tidak hiraukan persediaan baginya."

(Surah Al-anbiya21:1)

renungkan ayat di atas,adakah kita tergolong dalam golongan seperti diatas?mungkin sebelum ini kita tidak perasan,bayangkan jika di bilik,kita main game,tengok movie selama 2-3jam,masa terasa begitu singkat sekali,namun jika untuk kerja kebajikan dan dakwah,terasa lama 2-3jam..dan kadang-kadang kita lebih memilih untuk enjoy lebih dari untuk melakukan kebaikan dan dakwah.
bukan tidak boleh bersuka-ria,boleh,tetapi biarlah terpandu,dan tidak berlebihan

"Dan sesungguhnya,kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia,yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami,yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya,mereka itu seperti binatang ternak,bahkan lebih sesat lagi,mereka itulah orang yang lalai."

(Surah Al-A'raaf7:174)

manusia yang tak aware=manusia yang hidup untuk enjoy semata-mata
muslim ideal=muslim yang aware dengan semua deria,hati,mata dan telinga
lihat haiwan disekeliling,seperti tupai ,mata tupai sentiasa terbuka luas,walaupun tengah makan sekalipun,bila ada bahaya menghampiri,tupai akan terus je react dengan lari jauhkan diri,ni menunjukan tupai dan semua haiwan adalah aware dan alert
tetapi beza dengan manusia,manusia merupakan makhluk yang kurang aware dengan keadaan sekelilingnya,contohnya manusia tak aware bahawa kemaitian semakin menghampirinya,bisikan syaitan yang sentiasa suruh buat perkara kemungkaran,dan lain-lain..kerana itu bagusnya ada zikir,tazkirah atau reminder untuk mengingatkan manusia,kerana sifat manusia itu sendiri tidak aware.




2.MALU(SHAME)

Major Ingredient for Modesty
merupakan pendinding yang bagus sama ada muslimin atau muslimat
seandainya seorang muslimin atau muslimat berada dalam situasi diajak untuk melakukan perkara bukan-bukan,seperti pergi disko,berdating lelaki perempuan,etc,dah tentu rasa malu tu akan jadi pendinding untuk orang tu lakukan perkara bukan-bukan.
perasaan malu gak akan buat seseorang muslimin dan muslimat tu sensitif terhadap jenis pakaian macam mane yang dia akan beli dan pakai,adekah baju ni nampak dalam,singkat,ketat,semua akan dipertimbangkan kerana ada perasaan malu.
namun ade perbezaan rasa malu dan segan.
time belajar,seorang murid tak faham ape yang diajar tetapi malu nak bertanya kepada gurunya
konteks ayat diatas ni bukan malu,tetapi "segan"
time belajar jangan segan untuk bertanya,orang yang betul-betul nak belajar soalan sensitif pun akan tanya,zaman Rasulullah,para sahabat banyak tanya mengenai hal-hal sensitif,sampai ada hal di dalam bilik tidur pun ada,jangan salah anggap mengenai perkara sensitif ini,kerana perkara sensitif ini kita perlu tahu kerana ia adalah ilmu,namun jangan disalah gunakan soalan sensitif,ingat setiap perkara perlu ada batasan juga.

3.BERSYUKUR(GREATFUL)

sekarang ni,ramai orang komplen benda yang dia tak dapat,tidak fikir perkara yang dia dapat,sebaliknya asyik merungut perkara yang tidak dapat.
contohnya seperti seorang pelajar spm,dapat 9a,1b,punyalah sedih sampai hantuk-hantuk dinding kerana 1b tersebut,tidak fikir 9a yang dia dapat,seorang pengguna iPhone yang guna iPhone warna silver,namun merungut kerana mahu iPhone warna hitam,dan lain-lain
Bila datang perkara yang baik,dia bersyukur,bila datang perkara yang buruk,dia bersabar
ape-ape yang datang pada kita,tiada ape-ape yag boleh melemahkan semangat kita,itulah seorang muslim.
"we are ummah if gratitude,not ummah of complaint."


4.PATIENT(BERSABAR)

zaman sekarang ni,semua benda kita nak laju,contohnya seperti
internet:lambat 2minit kita dah mula komplen,zaman dial up dulu kalau 5min nak connect internet tu dah kira laju
kurus:semua orang nak cepat kurus,tapi tak nak guna cara yang lama dan konsisten,hanya menggunakan pil kurus,bangun,makan,makan pil,tidur,tak nak exercise slow-slow,turun berat
pandai:semua orang nak cepat pandai,tak nak usaha awal-awal sebelum exam,revision,buat latihan,sebaliknya dalam test ada yang meniru
jadi disini ada 3 jenis kesabaran:

1)Sabar bila benda buruk datang
2)Sabar untuk tinggalkan perkara Haram
3)Sabar untuk teruskan buat kerja baik,Istiqamah(tahap kesabaran ni paling susah)

bukan senang nak istiqamah buat benda baik ni,senang ke nak tiap-tiap hari datang ke kelas?kadang kala ada temptation yang suruh kita skip sekali sekala kelas..jadi mmg ssh nak istiqamah buat kerja baik ni,perlu kuatkan kesabaran!

5.BERTANGGUNGJAWAB(INDIPENDENCE)

bolehkah kita jadi orang sehebat Abdullah Ibn Mubarak,anak para sahabat di zaman Abassiah(betulkan jika silap)
Abdullah Ibn Mubarak pernah mengalahkan seorang panglima yang hebat,tentera yang handal,namun bukan setakat itu sahaja pekerjaan Abdullah Ibn Mubarak,selain tentera,Abdullah dalam masa yang sama merupakan seorang saudagar yang kaya,dan juga merupakan Imam kepada imam bukhari.
lihatlah potensi yang Abdullah Ibn Mubarak telah hasilkan,beliau tidak hanya fokus pada 1 bidang,bahkan setiap masa yang terlapang akan diguna dan diisi untuk memahirkan dalam bidang lain

permulaaan baik yang boleh kita lakukan adalah
belajar untuk jadi seseorang yang bertanggungjawab
cari kerja bila waktu lapang untuk timba pengalaman,kalau tak mampu,di sekolah atau universiti,ambil peluang untuk jadi ketua atau berjawatan dalam organisasi,untuk melatih kita bertanggung jawab atas sesuatu perkara.
6.KASIH SAYANG(COMPASSION)

untuk menyampaikan ilmu atau nasihat,perlulah dengan berhikmah,bukan dengan memaki hamun atau meninggikan suara
bayangkan,jika ada seorang wanita yang baru berzina,lelaki yang memakai short masuk masjid,perempuan yang tak pakai tudung masuk masjid,apekah reaksi kita?
adakah ini reaksi kita?
"hoi,kau keluar dari sini!!"
atau kita akan pergi kepada orang tersebut,tanya dengan baik keadaan orang tersebut dan akhirnya menghulurkan bantuan?
cuba renungkan kembali,perempuan yang berzina,lelaki dan perempuan yang tak tutup aurat,lelaki atau perempuan yang berambut terpacak seperti trojan,tidak rasa apa-apakah kita bila lihat orang seperti ini datang ke masjid?
dalam dunia ni,masih banyak lagi tempat-tempat lain yang boleh pergi,namun dalam banyak-banyak tempat dalam dunia ni,orang tersebut memilih untuk datang ke masjid,tidak rasa ape-apekah dalam diri kita melihat perkara ini?
Seandainya cara teguran kita tidak betul dan membuatkan orang semakin lari dari islam,maka memang teruklah sikap kita ni.
approch dengan cara mudah diterima,kerana Allah pun maha penyayang terhadap hamba-hambanya..
lihat analogy di bawah ini
seorang ibu yang menangdungkan bayinya didalam rahim,semain hari bayi teresbut semakin membesar,dan rahim ibunya juga turut membesar untuk memberi nutrient dan makanan yang secukupnya kepada bayi tersebut,sekiranya bayi semakin membesar dan rahim semakin mengecil,dah tentu bayi tersebut akan mati,itulah Rahmat atau Mercy dari pencipta kita,kerana itu perkataan Rahim diambil daripada perkataan Rahmat(mercy)
jadi kita perlu mengambil langkah untuk memudahkan urusan orang tersebut,namun dalam masa yang sama kita tidak memudah-mudahkan agama islam itu sendiri.


7.PEMAAF(FORGIVING)

bila ade orang buat silap dengan kita,maafkanlah orng tersebut,walaupun memang bukan salah kita,kerana tidak berbaloi kita simpan benda berat dalam hati,lebih baik dilepaskan perasaan tersebut dengan memaafkan,jika kita masih simpan,ianya hanya akan membuatkan dada kita sesak dengan perasaan dendam
namun kalau kita hanya mengatakan "aku dah maafkan kesilapan ko",tapi still ade rase semacam dalam hati,tu belum memaafkan lagi,kerana memaafkan itu ibarat pemadam,apabila kita maafkan kesalahan orang tesebut,maka segala kesan akan hilang terus di hati kita.
8.MENGHORMATI(RESPECTFUL)

apabila kita ingin diri kita dihormati,kita perlu menghormati orang lain,dengan kata lain
"its a 2 way relationship"
antara golongan yang perlu kita hormat
1)Ibubapa
2)Guru
3)Kawan
"The best that you can give to your parent regardless your parent good person or bad person,muslim or non-muslim,you have to be the best to them."
walaupun parent bukan Islam,ada berkat bila kita buat baik kepada mereka,apetah lagi kalau parent kita orang Islam..
dan untuk kawan kita,sunnah bagi kita untuk mengatakan "My friend,I love you." kerana para Nabi Muhammad S.A.W sendiri menyuruh sahabatnya mengatakan rasa cinta kepada sahabat yang lain.

9.BERKHIDMAT

apabila kita dalam lingkungna umur remaja,ianya adalah waktu keemasan bagi kita untuk berkhidmat untuk Islam.Jangan bazirkan waktu keemasan kita ini dengan hiburan semata-mata
setiap hari adakah ini rutin harian kita?bangun pagi,pergi kuliah,makan,movie/game,tidur,bangun,pergi kuliah,makan,movie/game,tidur,dan berterusan..orang seperti ini ibarat tiada arah tuju kemana hendak pergi
kita perlu ada arah tuju,atau wawasan,ibarat orang yang dalam perjalanan  dari johor bahru ke kuala lumpur dengan menaiki bas,dalam perjalanan dia tertidur selama 1 jam 30minit,kemudian bila terjaga dia terlihat ada 3 ketul ayam kfc,apekah reaksi anda jika anda berada di dalam situasi tersebut?
jawapannya,dah tentu reaksi spontan kita akan lihat keadaan di sekeliling,dimana kita sekarang,dah terlepas atau belum destinasi yang ingin tujui,orang seperti ini ada hala tujuan kemana ingin pergi,sebaliknya kalau orang tersebut bangun dari tidur terus makan tanpa lihat keadaan sekeliling,orang tersebut tidak ada hala tuju.
sama juga dalam kehidupan kita,dari alam roh,kita dimasukan ke dalam rahim ibu kita,kemudian kita terjaga dah berada di alam dunia ini,kemana arah destinasi kita?orang yang berakal akan berfikir arah tuju kehidupan,orang tak berakal,tidak fikir kemana arah tuju hidupnya..
hidup ini hanyalah sementara sahaja,Allah telah berfirman

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?
Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung (umur)".
Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) Melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
   
(Surah Al-Mukminum 23:112-114)

hidup kita di muka bumi ini hanya sementara,jadi sangat rugi jika kita lepaskan waktu keemasan kita untuk berkhidmat untuk islam
memang benar hidup ini hanya sementara,sahabatku,cuba sahabat renungkan dan muhasabah sejak kecil,sekecil yang boleh diingat,semenjak dari bayi,belajar berjalan,masuk tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,dan akhirnya hingga ke sekarang,cuba ingat sebanyak yang mungkin memori2 kenangn manis dan pahit yang lepas,aku yakin bahawa tak sampai 30minit kita boleh ingat semua kenangan-kenangan kita yang lalu..sekejap sahaja kan kehidupan ni?
jadi persoalannya,bagaimana kita ingin berkhidmat untuk agama kita?
1)Belajar Ilmu agama dengan berguru,kerana dengan berguru kita dapat rasa bagaimana ilmu itu diaplikasikan oleh guru kita.
2)Jadi Pakar dalam bidang kita,jadi orang paling terkaya dalam bidang  kita,AIM HIGH!jangan hanya target sederhana..


10.PEMILIHAN KAWAN

pengaruh ibubapa hanya akan sampai pada tahap tertentu,ibubapa hanya set foundation yang kukuh dalam diri kita dengan didikan,apabila kita dah sampai tahap tersebut,ibubapa terpaksa lepaskan kita kedunia luar,pada waktu ini pengaruh kawan amat penting .
Apabila kita sampai di tahap ini,ibubapa hanya perlu "Maintanence" ape yang patut,tidak lagi bergantung kepada didikan ibubapa 100%
ciri-ciri untuk mencari kawan yang baik adalah apabila kita lakukan kesilapan,kawan kita itu akan tegur kita,walau pahit macam mana pun,dia akan tetap tegur dengan cara paling lembut.


inspired by aiman azlan talk at UM