Tuesday, August 2, 2011

Mutabaah amal di bulan ramadhan~♫


Assalamualaikum
alhamdulillah,syukur kita kepada allah kerana dipertemukan di bulan ramadhan,bulan yang penuh keberkatan
sementara musuh kita,iaitu syaitan sedang "off day" dalam bulan ramadhan ni
jangan kita  kita terlepas pandang untuk mempertingkatkan amalan dan iman kita di bulan ini
semoga bila akhir je bulan ramadhan,kita akan jadi insan yang lebih berkualiti dan lebih beriman berbanding dulu


mesti korang ada tertanya-tanya
ape tu mutabaah amal?
baiklah,kat sini aku terangkan ape tu mutabaah amal


1432Hijrah*


MUTABAAH AMAL


merupkan satu sistem yang digunakan untuk memantau amalan-amalan yang dilakukan oleh ahli usrah
contoh yang aku boleh bagi,ade naqib buat mutabaah amal seminggu sekali,perkara yang di "check" adalah seperti berikut:


1)baca al-quran-minimun 1 juzuk(20ms)
2)istighfar dan selawat - 100x sehari
3)solat tahajjud- 1 malam sekali
4)solat subuh berjemaah
5)Al-mathurat- pagi dan petang
6)solat sunat duha-sekali sehari


naqib akan beri borang dan ahli usrah isi dengan jujur berapa banyak amalan yang dorang dah buat selama seminggu ni.kebiasaannya ahli usrah sporting isi dengan jujur walaupun kadang-kadang ade banyak yang "kosong",kalau ade yang menipu,x dpt benefit ape pun,tp kalau amalan "kosong" confirm laa kena lecture dengan naqib
(bukan ade hadiah siape plg byk amal,melainkan kalau betul2 orang tu buat,
orang tu yang dapat pahala yang diberikan oleh allah)
kalau ahli tu tanda penuh dan banyak amal bukan bermakna dia riak,bahkan perkara tersebut akan menyebabkan ahli lain rasa kagum dan berlumba-lumba untuk tingkatkan amal dorang,lama kelamaan keikhlasan tu akan timbul sendiri,kan para sahabat pun berlumba-lumba gak nak buat kebaikan


tapi posting kali ni aku tak nak cerita mengenai mutabaah amal usrah secara mendalam,cukup la setakat tu
objektif aku kali ni nak cakap pasal mutabaah amal di bulan ramadhan yang boleh dilakukan oleh sesiapa je




MUTABAAH AMAL DI BULAN RAMADHAN


yep,boleh dibuat oleh sesiapa je,tapi macam mane tu?senang je,buat list senarai amalan cam kat atas tu,kemudian buat table untuk diisi dari hari pertama puasa hingga hari terakhir
ha,tp kalau tak beberapa pasti nak list amalan ape nak ditulis,masalah gak,
jadi tak ape,aku list kan kat bawah ni:


1.Bangun Awal Pagi
2.Solat sunat tahajud
3.solat sunat taubat
4.solat sunat hajat
5.solat sunat witir
6.bersahur
7.bersugi
8.solat sunat rawatib sebelum subuh
9.solat subuh
10.membaca al-quran
11.berselawat untuk nabi s.a.w(minimun 100kali)
12.membaca al-mathurat/berwirid hingga matahari terbit
13.niat yang baik sebelum berkerja/belajar
14.solat sunat dhuha
15.membaca al-quran
16.solat sunat rawatib sebelum zuhur
17.solat zuhur
18.solat sunat rawatib selepas zuhur
19.solat asar
20.membaca al-mathurat di waktu petang
21.menyediakan dan membeli barang keperluan berbuka dan bersahur tanpa membazir
22.memperbanyakan doa
23.berbuka puasa dengan kurma atau air terlebih dahulu
24.solat maghrib
25.solat sunat lepas maghrib
26.solat isyak
27.solat tarawih berjemaah
28.tadarus al-quran
29.niat berpasa sebelum tidur
30.tidur awal supaya dapat bangun awal
31.berdoa sebelum tidur
32.banyak berdoa supaya dipertemukan lailatulqadar
33.menghadiri majlis ilmu/membaca buku ilmiah
34.bersedekah
35.beristighfar(minimun 100kali)



tu dia list yang kita boleh amalkan dalam bulan ramadhan,list ni aku amik dari majalah solusi edisi ramadhan,jadi syukur alhamdulillah ada kemudahan yang dah diberikan,namun kalau ada sebarang pertambahan,boleh la tambah sendiri ye:) inshaallah jadual "check list" ni merupakan langkah-langkah kita untuk pastikan kita istiqamah dan meningkatkan amlalan time bulan ramadhan ni





mane tak nye,kalau dah 15hari puasa,tapi masih banyak terlopong,kan segan tu,secara tak langsung kita akan buat amalan tu dengan sendiri,kat bawah bahagian kanan siap ade tempat tanda tangan lagi,
canggih weh!


saranan aku,kepada sesiapa yang mampu dan nak kemudahan jadual "check list" bulan ramadhan ni,boleh la beli majalah solusi isu 34,edisi khas bulan ramadhan,harga semenanjung rm11.00,sabah serawak rm13.00
selain dapat jadual "check list" bulan ramadhan,kat belakang jadual "check list" ramadhan ade disediakan gambar jam waktu malam dan siang,tujuan dorang sediakan jam2 ni untuk memudahkan kita mengatur mase untuk susun waktu bila sesuai lakukan amalan




kepada yang tak mampu x pe,boleh buat jadual pakai tangan atau komputer yep
semoga ramadhan kali kita tergolong dalam golongan orang yang beruntung
tak nak dah jadi macam ramadhan tahun lepas,kena tingkatkan lagi okeh
akhir kata wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~!

No comments:

Post a Comment