Tuesday, September 6, 2011
creative message:Sayonara Jahiliyyah~!
Assalamualaikum!
post kali ni aku nak kongsi video message yang creative+comel
luasnye skop dakwah ye,moga-moga masa akan datang akan lebih banyak penyampaian dakwah yang creative untuk sampai,melekat dan meresap ke dalam jiwa-jiwa remaja sekarang ni
sebab pemuda adalah "fuel" islam,tanpa pemuda,maka perlahanlah gerakan islam tu sendiri
syukur alhamdulillah,aku sendiri pun ade kawan aku yang "menarik" aku berusrah..rasa beruntung sangat
jadi jangan dilupakan sahabat-sahabat kita kat luar sana,kerana kita sendiri pernah rasa zaman hitam yang lalu,jadi sama gak sahabat-sahabat yang belum terima hidayah kat luar sana,semoga kita dapat istiqamah dalam usaha ini:)
Eid Mubarak everyone!(^.^)
assalamualaikum!
walaupun dah terlambat,namun aku nak ucapkan
"Selamat Hari Raya,Maaf zahir dan batin!"
baru je habis menamatkan pengajian di universiti ramadhan
moga2 ape yang kita pelajari sepanjang bulan ramadhan dapat lah diteruskan
"amalan yang baik harap-harap dapat dikekalkan
dan amalan yang ditinggalkan dapat terus ditinggalkan"
sekali lagi ku ingin mohon maaf sebab lama x update blog
bukan hangat-hangat tahi ayam,tapi aku mempunyai sebab2 tertentu kenapa tak update
antaranya ialah,amalan aku di bulan ramadhan tak seberapa sangat..jadi tak layak aku nak berkongsi perkara yang aku tak istiqamah lakukan
dan oh ya,bermulanya esok,7hb september aku akan sambung belajar ke uthm peringkat ijazah,kos jurutera awam
doakan aku berjaya mendapat dekan di sana,hehe
(cita-cita tinggi sungguh)
jangan risau,aku akan cuba luangkan masa untuk berkongsi di blog ni
sekian saja dariku setakat ini
-tulus dan ikhlas dari pemilik blog-
Manusia perlukan Tuhan!
Berkata Will Durant (seorang ahli falsafah) , "Pertanyaan terbesar di zaman ini bukanlah komunisme melawan individualisme, bukan Eropah melawan Amerika, bukan Timur melawan Barat, melainkan adakah manusia tetap dapat hidup tanpa Tuhan,".
Diceritakan bahawa Rudyard Kipling (pengarang dan penyair Inggeris) ketika dia terbaring sakit dan diserang demam; berguling-guling di atas ranjang dan menggumamkan kata-kata yang tidak difahami sesiapa pun.
Suatu pagi, seorang jururawat memeriksannya dan bertanya,"Tuan Kipling. apa yang kamu inginkan?".
Sang Penyair pun bangkit dari tidurnya, membuka mata dan berbisik perlahan, "Aku perlu Tuhan, kerana agama adalah ubat untuk semua kekacauan jiwa dan mental,".
Suatu pagi, seorang pemuda mengetuk pintu di depan rumah Presiden Abraham Lincoln. Setelah tenang, dia berkata, "Maaf Tuan Lincoln. Saya kesal lagi hari ini,".
Lincoln merangkul bahu pemuda itu dengan tangannya dan berkata, "Anak muda, mengapa kamu tidak berhenti memerangi Tuhan dalam dirimu?".
Nah, mereka yang tidak Islam pun mengakui hakikat mengapa manusia perlu hidup bertuhan. Sedang kita, sering memerangi rasa bertuhan di dalam diri kita, baru kemudian melawan orang lain di luar diri kita.
Tuhan tidak pernah bosan meskipun kita sering mengunjungiNya. Semua beban hidup manusia manusia hanya dipasrahkan kepadaNya, tetapi itu tidak menjadikan Dia penat, sekalipun beban itu memenatkan manusia.
Dan ingatlah firman Allah S.W.T. dalam surah Toha : 124 yang bermaksud,
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan akan Kami himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta,".
Kesimpulannya, hanya agama dan iman yang benar kepada Allah S.W.T. sahaja yang dapat memberi makna kehidupan dan kematian, pekerjaan, penderitaan dan kesengsaraan. Hanya agamalah yang mempunyai kekuatan untuk menetapkan peraturan moral sekalipun memepertahankannya.
Wallahua'lam.
Dipetik dan diolah dari : Rukun Islam Secara Logik / Imam Musbikin / Al-Hidayah House of Publishers / Cetakan Pertama 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)